leyazaini 4eva after

leyazaini 4eva after

leyazaini foreva after

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 22, 2017


sila hadam ye....
sewaktu peristiwa israk nabi melihat satu kaum lelaki dan perempuan yang makan daging busuk dan mentah sedangkan daging yang elok ada di sisi mereka....
berkata Jibrail r.a
itulah mereka yang berzina sedangkan mereka mempunyai isteri dan suami..." nauzubillah..... 





leya say: Lagi parah bila ada yg sibuk nak jugak laki orang (asbabnya perut dah memboyot .. konon nak kaver malu) or isteri curang yg tgh kandung benih haram. Allahu... kesian kat anak dalam perut tu... lagi kesian pada pasangan yang di aniaya tu. kesahnya semua tentang nafsu... Nauzubillah

Saturday, March 04, 2017


A new chapter begin....

 Another adventure.... another episode of laughter and tears..... 

the same me

A daughter, a sister, a SIL, a DIL


a wife to him(Luv u sayang)

a mommy to beloved heroes... and yeah

my beautiful darling princess
Hasya Zeeya Eirdina Binti Mohd Zaini

Thanks Allah for the blessing... for every nikmat given to us. Alhamdulillah

Monday, June 20, 2016

Suami Curang? Apakah Tindakan Yang Perlu Isteri Lakukan


Apabila Suami Berlaku Curang? Isteri Perlu Ambil Tindakan Positif Berikut:

Kenapa suami mula berlaku curang terhadap isteri, sedangkan semasa mula berkahwin dahulu suami dan isteri telah berjanji untuk sehidup semati dalam membahterai rumah tangga mereka. Apakah puncanya suami berlaku curang ?

“Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004 mendapati bahawa; antara punca utama perceraian hari ini adalah disebabkan suami curang atau isteri enggan dimadukan yang mencatatkan jumlah sebanyak 12 peratus, selain sikap suami yang tidak bertanggungjawab dengan 11.5 peratus.”

Kajian ini menjadi salah satu sebab dan alasan seorang isteri tidak boleh memandang remeh perihal kecurangan seorang suami. Dek kecurangan suami, perkahwinan yang dibina bakal musnah jika tindakan sewajarnya tidak diambil. Berhati-hati dengan suami curang jika terus di biarkan boleh meruntuhkan rumah tangga dan kesan yang paling ketara adalah penderitaan dan tekanan kepada anak-anak pasangan yang bercerai.


Beberapa  Langkah Yang Perlu Isteri Lakukan Apabila Berdepan Masalah Kecurangan Suami.
Awas suami curang. Hati mana yang tidak terluka jika suami yang kita sayangi bermain kasih dengan perempuan lain. Namun, jangan sesekali mudah putus harapan dan terus ingin berpisah. Perkahwinan anda masih boleh diselamatkan. Cuba anda buat anlisa apakah puncanya adakah disebabkan oleh sikap anda sendiri yang mengabaikan segala keperluanya atau ada unsur-unsur luaraan yang mempengaruhi suami anda. Berikut 5 langkah yang boleh anda lakukan jika berdepan dengan masalah ini:
  1.         Dekatkan diri kepada Allah dan sentiasa berdoa mohon hidyah-Nya
  2.          Jangan ikutkan hati dan ingin terus meninggalkannya
  3.      Jangan ambil sikap tidak peduli
  4.      Ambil masa redakan tekanan perasaan
  5.      Dapatkan sokongan dan nasihat

Dekati Allah dengan memperbanyak doa dan mempertingkat amalan
Kadang-kala kita mungkin tidak sedar bahawa yang memberikan kebahagiaan hakiki adalah Tuhan yang  Maha Agung iaitu Allah S.W.T. Mana mungkin hati yang sentiasa lupa akan Dia akan tenang dan bahagia hidupnya. Samalah jua keadaannya dengan sesuatu perkahwinan. Perkahwinan yang bahagia bergantung juga kepada sejauh mana kita berhubung dengan-Nya.

ALLAH Maha Mendengar doa hamba-hamba-Nya dan Dia selalu menyeru agar setiap insan berdoa kepada-Nya. Firman-Nya,
“…Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya akan Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Surah Ghafir:60)


Jangan ikutkan hati dan terus ingin meninggalkannya

Sebagai seorang isteri yang masih sayangkan perkahwinan yang dibina sekian lama, jangan sesekali terfikir untuk terus bertindak meninggalkan si suami yang curang. Masalah berlaku adalah untuk kita hadapi, bukan untuk kita lari daripadanya. Makin kita lari, masalah tetap akan mengekori.

Jangan ambil sikap tidak peduli
Bersikap tidak peduli seolah-olah menunjukkan kita meredai kecurangan si suami. Ada sesetengah daripada wanita yang mengambil jalan mudah dengan tidak mengendahkan kecurangan suami, walhal mereka sudah tahu akan perkara tersebut. Si isteri beranggapan dengan cara membiarkan masalah tersebut, lama-kelamaan masalah tersebut akan hilang dengan sendirinya. Ternyata ianya salah jika seorang isteri beranggapan sebegitu. Kecurangan suami akan menjadi-jadi sekiranya ia dibiarkan dan tidak diambil peduli.

Ambil masa redakan tekanan dan perasaan terhadap suami curang
Jiwa mana yang akan tenang bila menyedari suami curang yang kita cintai tiba-tiba berlaku curang. Makin difikir, makin bergelora hati dibuatnya. Oleh sebab itulah, seorang isteri patut tenangkan fikiran dan cuba untuk memberikan masa kepada diri sendiri dan juga suami sebelum mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya. Nescaya bila hati tenang, jalan penyelesaian pasti akan kunjung tiba.

Dapatkan sokongan dan nasihat daripada orang yang berpengalaman
Jika keadaan makin rumit dan sukar untuk diselesaikan secara bersama, segeralah dapatkan nasihat dan pandangan daripada orang-orang yang berpengalaman seperti ibu bapa dan juga kaunselor atau pakar dalam masalah rumah tangga.

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang mulia. Berusahalah untuk terus menggapai erat ikatan perkahwinan yang telah lama terbina. Anggaplah kecurangan suami itu sebagai salah satu gerhana dalam perkahwinan. Walaupun pada suatu ketika keadaannya gelap dan sukar, namun sinar bahagia pasti  akan menerangi kembali. 

Wahai suami curang, kasihanilah isteri kamu yang telah berkorban nyawa untuk melahirkan zuriat kamu. Dan ingatlah jika pada hari ini kita menzalimi isteri dengan berlaku curang dengan wanita di luar sana, nantilah masanya suami juga akan di beri kifarah oleh Allah pada suatu masa nanti dan berkemungkinan ianya lebih parah daripada apa yang dirasai oleh isteri kita pada masa ini.


Sumber: Bidadari.



leya say: To me kita perlu jadi lebih bijak dalam menangani kemelut ini. Sungguh bukan mudah untuk menerima dugaan yang sangat menyakitkan lebih-lebih lagi untuk kes yang extereme al maklumlah perempuan sekarang a.k.a. sundal yang memang murah... faham-faham maksudnya sudah. :). Serasa dunia ini tidak adil. Tetapi apa pun juga dalam membuat keputusan segala aspek perlu diambil kira...

Walau lelah tetapi kebijaksanaan dalam menangani isu sebegini sebenarnya akan di balas Allah dengan kurniaan yang lebih besar dan berlipat kali ganda.... a blessing in disguise... ganjarannya di dunia sendiri kita dah rasakannya apatah lagi akhirat kelak. Jangan pernah pertikai kenapa kita yang perlu melalui dugaan sehebat ini... tapi yakinlah dengan sepenuh hati setiap manusia akan diuji dengan sesuatu yang tidak melangkaui kemampuannya. Yakinlah Allah bersama dengan mereka yang di zalimi.... dan setiap perbuatan pasti akan dibalas setimpal dengan nilainya.


Jangan suka mendengar nasihat terutama dari minah2 kepochi yang akan bagi nasihat mengalahkan ifrit... cukup dengan berserah sepenuhnya pada DIA, Jangan mengalah dengan kata-kata "kenapalah kau nak jugak lagi teruskan hidup dengan jantan macam tu?" U ols...  It is your life not theirs... kita sendiri yang berhak menentukan perjalanan hidup sendiri. Our happines is depending totally on us... not others. The best adalah... Tahajjud dan istikharah. Pastikan anda istiqamah.. jangan cari Allah waktu berduka lara dah senang terus lalai dan lupa. Sekiranya perlu amalkan doa-doa yang boleh mendinding perkahwinan dari sihir yg bertujuan memang untuk meruntuhkan kebahagiaan yang pernah kita miliki... Do remember perkara ini walau pun ada yang pandang remeh tetapi ianya benar... seen it myself. Dan rujuklah segera masalah dengan kaunselor di pejabat agama yang berhampiran. Mereka yang ditugaskan di pejabat agama itu lebih afdhal nasihatnya terutama dalam memberikan panduan tentang jalan yang hendak dipilih supaya kita membuat keputusan yang terbaik. Ingat... Iblis memang suka kalau rumahtangga tu musnah... termasuklah si JALANG yang memang nak sangat ambil alih tempat kita isteri ni. Jadi kita sendiri mesti jadi orang yang jauh lebih bijak.. bukan buat keputusan melulu... hanya mengikut pertimbangan hati dan emosi.

Kenapa mesti mengalah dengan perempuan a.ka. perampas yang muncul entah dari mana sampai kita sendiri yang dah hidup bertahun yang akadnya berwali bersaksi, yang majlisnya diraikan keluarga dua-dua belah pihak yang segala adat dibuat.. dari merisik bertunang menghantar belanja pendek kata segalanya beradab dan  beradat but in the end kita pula yang nak "mengundur diri"...  kita sendiri pulak yang pilih untuk menjadikan anak kita tidak berbapa? U ols... Talak adalah jalan terakhir andai memang tiada jalan untuk bersama kembali. sebab itu dalam membuat keputusan perlu segala pertimbangan. jangan nanti bila dah meroyan minta cerai dan talak dah pon dilafazkan kita tak habis-habis berbicara tentang kisah lepas yang kononya penceraian itu lah jalan terbaik... atau kita viralkan pada semua yang kita berundur kononya nak beri laluan or dah terlalu lama menderita.. cam dialog kat drama melayu. Wal hal sebenarnya kita nak tunjuk ego... "kau ingat kau aje yg boleh buat??" tapi hakikat yang sebenarnya kita mengikut hati.... kemudiannya kesal sendiri.. mulut kata lain tapi hati sentiasa berkata kenapalah perpisahan yang aku pilih. lagi pula bila bertemu dengan pasangan hidup baru yang kesahnya sama je dengan yang ada or even worse. Nauzubillah. masa tu mula lah compare... dulu masa dengan dia tak begitu tak begini... then compare pula hidup sendiri dengan hidup pasangan yang dah pon mulakan hidup yang lain. nak pulak kalau hidup mereka dirasakan lebih baik berbanding masa kita masih dengan ex hasben dulu.

hmmm.. to me... apa pun juga situasinya walau berat walau rasa nak je pasang bom kat badan dia... bagi dia berkecai tetapi sebaik-baiknya kita sendiri bersemuka dan berbincang dari hati ke hati dengan suami bukan hanya untuk mendengar penjelasan kenapa perlakuan curang itu terjadi tetapi yang pentingnya untuk menilai sejauh mana kesungguhan suami untuk meneruskan hidup dengan kita dan memulakan penghidupan baru yang lebih "jujur". Pengalaman hidup bertahun dengan dia pon membantu dalam membuat penilaian dan keputusan terbaik untuk hidup masing-masing.Tapi ingat jangan pula sampai terlalu mengenepikan hak sendiri sampai kita biarkan diri ditindas.

yang penting... andai dari muzakarah itu ternyata yang dia memohon untuk diberikan peluang kedua pertimbangkanlah sewajarnya. Sebaiknya perbincangan itu dilakukan di hadapan kaunselor perkahwinan.. tanpa kehadiran orang lain termasuk ibu bapa sendiri mahupun mertua atau sesiapa juga yg bukan wujud dalam rumahtangga anda... sebab di dalam rumahtangga itu hanya ada suami isteri dan anak-anak. mereka yang lain hanyalah keluarga dan tidak punya hak untuk membuat keputusan bagi pihak anda. jangan ketepikan hak bersuara anak-anak. pendapat mereka juga bernilai dan perlu diambil kira kerana anak-anak tidak menipu dan adakalanya lebih tajam pengamatannya berbanding kita yang terbelengggu dengan emosi. Be firm u ols.... kita bukan lemah sebaliknya Beri kata dua sewaktu perbincangan di depan kaunselor dan mohon direkodkan supaya seandainya si suami curang lagi, kali ini tiada jalan untuk dia kembali.

So, for kaum hawa yang sedang berdepan dengan permasalahan suami curang ni leya doakan semoga anda membuat keputusan yang terbaik. Pentingkan kebahagiaan sendiri dan anak-anak. Jangan buat pertimbangan berdasarkan emosi sebaiknya buat keputusan dalam keadan waras. Andai kita fikir kita mampu untuk sediakan segala keperluan hidup dan anak-anak tapi kehadiran seorang ayah (terutama suami yang punya bonding yg baik dengan anak-anak) adalah satu keadaan yang tidak akan mampu kita penuhi. Jangan letakkan ego didepan dan jangan tutup ruang untuk memperbetulkan kesilapan. Memang salahnya sebesar gunung  memang sehabis benci dah tapi perlu diingat no one is perfect... kita sendiri perlu muhasabah di mana kekurangan diri. Ingat kita semua dalah pendosa. tiada yang maksum kecuali Rasulullah. Unless untuk kes-kes yang memang suami kaki pukul, kaki judi atau kaki minum... tak perlu fikir panjang... leya sendiri pon setuju kalau u ols nak mohon fasakh.   anda lebih maklum dengan pasangan masing-masing. semoga yang kita sentiasa dikurnikan ketenangan di dalam kehidupan... wallahualam....

Friday, June 03, 2016

Assalammualaikum, lama dah rasanya tak membuka blog nih. hehehehe... bukan x mo tapi tuntutan kerja yg membataskan untuk berbloging. 

Anyway, sempena ramadhan yang semakin menghampiri kita... saya mohon semoga segala kekhilafan dimaafkan, semoga ramdhan tahun ini lebih bermakna buat kita semua. amin.

sambung cerita tentang kami... Alhamdulillah, syukur kerana kami masih bersama. insyaAllah hampir 10 tahun kami melayari bahtera rumahtangga. dan syukur Ya Rabb... dalam mengenang suka duka hidup bersama hampir sepuluh tahun.. Allah titipkan dengan berita gembira yang kami dari berlima insyaAllah akan dapat ahli keluarga baru menjelang anniversary ke 10 nanti. syukur ya Rabb. Tambah buat kami rasa sambutan kali ini lebih bermakna bila dikhabarkan yang kami bakal menerima si baju pink... insyaAllah... :)


Apa pun perkongsian kali ini lebih kepada persoalan tentang solat sewaktu preggy. Almaklum bila preggy perut nye saiz perrghhh... mmg mommy ibarat penguin. hehehehe.


ok u ols... Solat seperti yang kita semua tahu merupakan kewajipan untuk seluruh umat islam.Samada keadaan sakit mahupun sarat hamil. Masa preggy abang eiman tak lah payah sangat. masih mampu tunaikan solat seperti biasa. bila adik hafffiey mula terasa sedikit kesukaran but still...mampu setidak-tidaknya 3 rakaat solat biasa.. start memeen huhuhu... mmg semakin membesar semakin mommy payah nak duk bangun. now baby... tang berdiri rakaat pertama tu masuk sujud duduk dah. agak payah untuk sujud coz perut mommy besar.... hehehehehe...

jadi mommy pon mula ler mencari panduan solat untuk preggy women.. and kongsikan dengan mommy's out there ye. harapnya semoga kita sama-sama dapat kebaikan dari perkongsian ilmu ni... insyaAllah....  

Bagaimana solat ketika hamil?

Bagi wanita yang hamil solat duduk mana lebih Afdal? nak duk atas kerusi ke atau duduk  kat lantai....



Allah SWT berfirman:
“Dan Dia (Allah) tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.” [al-Hajj 22:78].
Merujuk kepada ibadah solat, Allah berfirman:
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring.” [Ali Imran 3:191].

leya say: since mommy bermasalah untuk sujud... jadi mommy wat yg 1st tu. incik babah pon kata yang penting ibadah tu dapat dilaksanakan sehabis baik. mudah-mudahan Allah terima. amin....

Wednesday, January 28, 2015

#akudia&cinta.... Mewangi

Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu…..Adalah dahagaku
Waktu……Dengarkanlah


Selalu dekatkan ku dengannya
Hingga……Ku menutup mata
Satukanlah hati










Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya



Selamanya… Adalah cintaku kepada dirimu
Mencintaimu..
Seumur hidupku hanyalah padamu
Waktu…. Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya
Hingga…. Ku menutup mata





Satukanlah hati
jadikan malamku lebih indah
jadikan siangku lebih terang




biarkan bungaku mewangi selamanya

credit to: akim & The Magistrate


leya say: tq ALLAH.... for letting us to be together. It has been a great journey of 9 years... as legally Mr & Mrs Zaini. 

Friday, January 23, 2015

Welcome 2015

Gudbye 2014...... have thought me a lot. Ups and Downs..... Laughters and tears......







and.....
welcome 2015. Hoping for better and great year ahead... inshaAllah.... Amin

Friday, December 26, 2014

AWAS!! DOA ORANG YANG TERANIAYA

Zalim secara bahasa mengandung pengertian "aniaya/celaka" . Zalim secara istilah mengandung pengertian "berbuat aniaya/celaka terhadap diri sendiri atau orang lain dengan cara2 bathil yang keluar dari jalur syariat Agama Islam". Disisi lain zalim bererti "menempatkan/meletakkan sesuatu tidak kena/sesuai dengan tempatnya".
“Takutilah Kamu Doa orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya itu dengan ALLAH SWT (Riawayat Bukhari)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam mengingatkan kita akan bahaya doa orang yang teraniya,  agar kita tidak berlaku aniaya kepada orang lain, karena  doa mereka tidak terhijab dan akan dikabulkan oleh Allah Subhaanahu Wata’ala. Sekalipun mereka adalah para pelaku dosa besar, yang dibesarkan dari makanan-makanan haram. Bahkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dikatakan, walaupun orang yang teraniaya itu adalah seorang kafir.

“Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): Zalim ada tiga jenis: Zalim yang Allah tidak akan ampunkan; Zalim yang Allah akan ampunkan; Zalim yang Allah tidak akan tinggalkan.
Zalim yang Allah tidak akan ampunkan adalah syirik. Allah berfirman : Sesungguhnya syirik adalah zalim yang amat besar (Luqman: 13);

Selain itu, zalim yang Allah akan ampunkan ialah kezaliman manusia terhadap dirinya sendiri dengan melakukan dosa-dosa antara dia dengan Tuhannya;

Dan zalim yang Allah tidak akan meninggalkannya adalah zalim insan kepada sesama insan sehingga mereka diadili kelak (di akhirat) – ( HR Al-Taualisiy dan Abu Na’im dari Anas Bin Malik – Menurut Syeikh Nasiruddin Albaniy – Hadis Hasan - Lihat Sahih Al-Jaami’ – No 3961 )”
Kezalim jenis ketiga iaitu kezaliman yang manusia lakukan sesama manusia, seperti: menuduh orang yang baik-baik melakukan zina tanpa mendatangkan empat orang saksi, memfitnah, mencuri harta orang lain, rasuah, menghukum seseorang secara tidak adil, mendedahkan ke‘aiban seseorang di khalayak ramai,  mengambil/merampas hak orang lain tanpa keredhaannya dan lain-lain. Sesungguhnya Allah SWT akan meninggalkannya, yakni Allah enggan masuk campur dalam zalim jenis ini, dan Allah enggan mengampuni dosanya, sebab zalim jenis ini berlaku antara insan dengan sesama insan. Orang yang melakukan zalim jenis ini perlu memohon ampunan kepada orang yang dizaliminya sendiri bagi mendapat keampunan dari Allah dan keredhaan Allah, bukan memohon ampunan kepada Allah.

Kezaliman telah diharamkan oleh Allah Subhaanahu Wata’ala atas seluruh umat manusia. Apa pun agamanya. Allah Subhaanahu Wata’ala tidak meridhai tindakan zalim kepada orang-orang non muslim, sebagaimana Allah tidak ridha seorang muslim dizalimi.


Allah Azza Wajalla berfirman, artinya, “Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun.” (QS. Yunus: 44).




leya say: ... dan dengan rendah diri ku pohon maaf pada mereka yang pernah ku sakiti melalui kata-kataku secara lisan atau penulisan juga melalui perbuatan. aku tahu itu bukan mudah tapi percayalah segalanya lantaran rasa amarah yang tidak terbendung sehingga adakalanya aku bertindak di luar batasan kebiasaanku.  semoga ketenangan sentiasa mengiringiku dalam melalui kehidupan yang penuh dengan ranjau. Hanya keampunan dan keredhaanNya yang ku harapkan... ampunkan keterlanjuran ku Ya Allah