leyazaini 4eva after

leyazaini 4eva after

leyazaini foreva after

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 07, 2010

cepat sembuh dik fiey.....

salam... lamanya x menulis di sini.... sibuk n disibukkan dgn segala hal... hehehe. dari babahnya sampailah ke anak2nya... huhu. nak wat cemane dah takdirnya begitu. cuti tahunan pun dah ketandusan... tapi episod ahli kuarga yg tak sehat masih berpanjangan.... tp apa pun sy sgt bersyukur kerana Allah tidak mensia-siakan doa sy supaya memberikan kesembuhan dan kesihatan yg baik buat kami sekuarga.

ceritanya..... kali ni adik fiey betul2 flat.... bagaikan tiada kesembuhan utk kesakitannya.... risau!!! yg hanya Allah saja yang tahu... sedihnya hati bila melihat putera tercinta terbaring lesu.... demam yg tiba2 shj boleh meningkat suhu... dan hanya kebah setelah lebih 2 minggu disudukan ubat... itu tidak termasuk air yg ditawarkan oleh atuk tersayang, doa mommy n babah...dan pastinya seluruh kuarga serta airmata yg sering tumpah setiap kali bersujud padaNya.

marah dgn doktor yg gagal memberikan jawapan terbaik bila ditanya kenapa masih begini keadaan adik fiey.... proses mengambil darah yg dilihat sgt menyakitkan... lebih2 lg bila yg melaksanakan seakan tidak punya pengalaman melakukannya.... sakit hati marah dan geram hingga akhirnya encik hubby bersuara dgn nada yg tdk sedap didengar telinga.

akhirnya apa yang dibekalkan hanyalah paracetamol yg dah hampir 2 botol habis, salbutamol yg dirasakan semakin memburukkan batuk adik fiey...yg seakan menjadi punca adik fiey mendapat athma attack dan sebotol antibiotik yg hanya diberi bila dikhabarkan yg adik fiey dah demam n batuk berpanjangan..... dan pd kali terakhir kami mendapatkan rawatan bila ibu (pengasuh adik fiey) mengkhabarkan yg adik fiey seakan sukar bernafas adik fiey diberikan neb sebanyak 2 x, sebotol salbutamol dan paracetamol dan yg lainnya adalah sebotol antiviral. akhirnya kerana sy bertanya apa yg diberikan pada waktu adik fiey diberikan neb adalah ventolin sy ambil keputusan utk memberikan sirup ventolin yg ternyata telah memberikan kelegaan pd adik fiey.... Alhamdulillah..... adik fiey semakin sembuh

apa yg sebenarnya hendak di nyatakan disini??.... perasaan seorg ibu yg derita melihat anak yg kesakitan... luahan rasa hati yg amarah! manakan tidak... adik fiey hilang 1kg berat badan... dr 8kg ke 7 kg.... n yet d dr say nothing.... sehingga pernah pada satu ketika saya memohon kepadaNya untuk memberikan kesakitan itu pada diri ini.... mmg bila ditanya apa sakitnya... demam + cough + flu ... athma attack.... kedengarannya normal... tp hanya mereka yg melihatnya menanggung kesakitan yg seakan tidak ada penghujung yg faham mengapa sy menulis disini. bukan hendak memburukkan hospital yg kami kunjungi tapi layanan yg diterima menyebabkan kami membuat kesimpulan mereka sangat lembab!! dan yg sedang menanggung kesakitan itu adalah putera kecil kami yg hanya berusia 9 bulan!! yg tdk mampu menyatakan dimana dan bagaimana kesakitan itu.....

dan sy bersyukur kerana pd waktu putera sulung kami meghadapi masalah yg hampir sama kami telah mengunjungi hospital yg juga hospital milik kerajaan) tetapi telah memberikan perhatian sebaik mungkin padanya.... walaupun kami harus mencari masa utk memenuhi tuntutan pertemuan dgn klinik pakar paed di hospital ini... sekurang2nya kami berpuas hati dgn perkembangan kesihatannya.

berlainan sekali dgn adik fiey.... apa yg penting kami berjanji sekiranya adik fiey menghadapi masalah kesihatan seperti yg pernah dihadapinya sekrg ini... kami pasti tidak akn mengunjungi lagi hospital tersebut ... dan pasti akan mencuba nasib di hospital lain yg dikatakan punya pakar paed yg baik memandangkan jarak yg membataskan pemergian kami ke hospital yg telah merawat abang sehingga pulih.... biarpun masa bukan milik kami tp demi kesembuhan n kesihatannya pasti kami akn mencuba apa yg terdaya.kini adik fiey semakin pulih... hanya doa dan kesyukuran yg tdk berkesudahan yg mampu sy ungkapkan. semoga episod duka itu tidak berulang lagi...

wat adik fiey n abg harief tersyg... mommy sentiasa mendoakan kebaikan yang terbaik buatmu sayang... hingga ke hujung nyawa ini....semoga anak2 mommy akan terus dilindungi olehNya... amin

Friday, October 22, 2010

KALAU TAK SUKA, PULANGKAN....!!!.
by Izo-chan Epalmerah on Tuesday, October 19, 2010 at 11:30pm.

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.

“Fail saya kat depan tu mana?”

“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”

“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-

“Saya nak ke out station minggu depan.”

“Lama?” Soal Laila.

“Dalam seminggu.”

“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”

“Budak-budak? “

“Ikut jugalah.”

“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”

“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”

“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”

“Manalah saya ada masa..”

“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.

“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.

Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————-

“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.

“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

“Awak masak apa?”

“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”

“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.

“Keluar!”

“Mama dah masak Pa!”

“Awak saja makan!”

“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.

“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.

“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”

“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”

“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

“Laila..” serunya

“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

“Sunyi pulak rumah ni mak,”

“Lama-lama kau biasalah.”

Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

———————————————————————————-

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”

“Tak ada lah?”

“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.

“Awak tak sihat ke?”

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan

“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

———————————————————————————–

“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”

Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.

“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.

“Abang!”

“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.

“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”

Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.

“Laila”

—————————————————————————————————-

“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”

“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

“Ikut boleh?”

“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.

“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”

“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “

“Papa pesanlah..”

“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.

“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”

“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”

Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”

“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”

“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk

“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.

Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..

Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,”

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….

Tuesday, August 24, 2010

oUR Lil' vacation

salam....

Act on 17th June, 2 days b4 habis tour europe utk program At-Tijarah, hubby call asking if i wanna join him utk sambung shooting for local program @ langkawi. at first malas nak gi but then when he's back on 18th June, he say d shooting postponed n yet he still thinking of spending time together since he was away bout 1.5 moths... after much consideration in the end i say yes. n off we go to Bkt Merah Lake town Resort on 22 July 2010... huhu...yeah







aief was enjoying himself b4 we leave to mines prior to bkt merah .... n @ RnR. he managed to make fren with few kids... gals especially here @ d playground......



act d journey took bout 6hrs... (adehhh sakit pinggang). but d boys was so cool. haffiey been sleeping and once in a while ask me to hug him while aief enjoyed d journey. we did stop @ few places for prayers n tea (as we leave round 2++pm). once we arrived terus check in n hunting for dinner cum supper..... lapar beb.... hehehe.....

Day 2

so d very next morning... after good breakfast @ d hotel cafe (cant remember d name), we off to the theme park... kami pilih utk ambil combo water park + zoo. pricing for 2 adults + 1 kid rm 100++. not so cheap but affordable...... d advantages u can go to two parks + goodies.




here's d map that u can find @ d entrance..... we stayed for 3days n 2 nite @ bkt merah lake town hotel. the service is ok n yup we had so much fun esp aief n affiey....

first kami ke water theme park where harief cant wait to give a blast....Thank God he choose to stay @ the shore. there are 3 area where there are pool for kids (we spend half of d day there...thanks to harief :)) then beach pool (kat cni ala2 duk picnic kt tepi laut) and one more for adults. act kita ble gi pusing2 lalu cam laluan and ble gak naik kosi yg akn lalu kt atas wter park ni. best.... duk berendam sampai sumer kecut.... haffiey also join his bigbro...hahaha....

done with fun.... its time for makan. act harief still insist wanna play summore... but since hari nak ujan+ scared he gonna get athma... no choice! have to pull him out...sori baby



muke-muke lapar after half a day duk berendam kt dlm pool.... hahaha... so makan time. back @ d hotel baik harief, haffiey, hubby n me sume terlentok..... tido..... penat!!

after maghrib prayers kami keluar for dinner. we choose a nice restaurant which offered a good seafood. x jauh dari jalan kuar from BMLR.... (sory x pictures to be upload coz we all terlupa nak bw camera skali... huhu)

Day 3



after a great sleep.... in d mornink that offered good bfast, we kick start d day with berendam in the hotel pool plak. haha... this time cume harief n babah je. mommy n haffiey stay off shore... thats y haffiey wat muke bengang... huhu.... cayang bucuk mommy tu....



so lepas lepak kt pool sampai harief dah naik biru....hahaha, kami bersiap to check out. then kami ke mini zoo... dah janji ngan harief.... so it was d 1st time eva harief have d oppurtunity nk tgk animals yg dia selalu tgk kt tv. he really enjoy it. sekejap2 tanya soklan...naik letih nk menjawab.... hahahaha. Bless u baby. haffiey plak mengamuk2... x tahan panas. sampai tpaksa msk kt dlm opis dey all jap nk bg sejuk badan... hadoii.... mcm2 perangai. last2 d whole day kami kt zoo to adik tidur ngan pakai suar je n kipas btul dpn muke....






later in d afternoon, we off for the long n winding road. normally perjalanan balik tak rasa sgt jauhnye kan.... so sempatlah kami menyinggah beli buah tgn....hehehe. singgah makan lg kt rnr.... n Alhamdulillah walaupun hujan mencurah2 kami selamat sampai di rumah @ 8 pm. comment both of my prince: zzzzzzzzzzz.... hahaha.. dah penat la tu...

Friday, August 13, 2010


salam...

3rd August lepas is my birthday. alhamdulillah .... Allah masih beri peluang utk teruskan hidup di samping insan2 tercinta... syukur.

usia bertambah... anak pun dah bertambah. ahahaha.. dari 1 skang dah 2... ble nk jd 3.... tergantung di Loh Mahfuz.... hehehe. bkn serik tp cam yg 2 org ni pun x menang tgn. dua2 ngan ragam masing2.... seronok tp mmg sakit kepala. luv u both.... our 2H....buah hati pengarang jantung who add more lively color in our marriage....

neway, nak jd kesahnya bday celebration kali ni.... on 2nd tu act x baper sehat. mmg 2hr sblm tu pun dah rasa... tp ignore je. on 2nd tu mmg rasa badan x sedap... balik umah telan panadol. pk mmg nak cuti rehat coz maybe m too tired. yela since haffiey stay kt umah mak teh mmg rushing. dah la mlm tido x cukup... haffiey pun br 6 mths old.

THEN, hubby pun balik... n gimme a proposal... hahaha... end up kami di JB. hehehe. punyelah jauh... coz hubby ada urusan biz kt sana n since my bday so dia xnak tlepas. tu yg even dia tau aku ni x sehat dia ajak gak... act x tpk pun dia nk celeb... coz kami pun akn sambut anniversary yg ke-4 x lama je lg...tp yela dah rezkikan..... alhamdulillah.

neway thanx to my beloved hubby for a great evening @danga bay. really appreciate it..... tq.... luv u


ur wife: leya


salam ramadhan............ mudah2an ramadhan kali ini dapat disempurnakan dgn sebaik2nya. citer pasal ramadhan pale automatic pk nak wat buke pe.. ahahaha.
1st ramadhan kami buka kt umah my mom... so d menu mmg syokk layan... lg plak my bro yg kt senai tu ader. ngan ayam percik(kuah sedap), kuih muih, nasi bkhari (pak uda n cik dah masak) with ayam kuzi, sambal tumis sotong, masak lemak putih sayur campur, mee goreng pas tu my bro yg keje kt concorde plak perkenalkan air ciptaan dia ... hmmm mmg kekenyangan jadinya.... ahahaha. tp seronok.... kumpul ramai2... kami ni adik beradik x ramai cuma 4 kerat je. nampak besar coz dah bertambah ahli... esp me...hehe. our beloved 2H. last year 2 H gak... tp hubby n harief... thn ni 3H : Hubby, harief n lovely Haffiey.

tahun ni InsyaAllah kami akan sambut syawal di rumah mak (my mom la)... yeah. thn lps dah raya belah hubby.... thn ni my turn la plaks... but as usual... awal2 lg dah tempah ayam kg for in law. dah siap inform kat mom in law... ketepikan lebih cket lauk tu coz thn sblmnya dpt rasa cket je. tp time raye kt umah dia thn 2009 haa... makan sampai x ingat. lg plak haffiey sdg membina sel2 dia kat dlm womb ni. dia plak mmg x memilih makan... nasi mmg favorite. tu yg br 5th mths pregnancy dah ader kencing manis.... hadoii....

yg bestnya ramadhan kali ni harief dah makin petah bercakap... suka melayan karenah dia. rindu sgt kt dia... yelah jumpa seminggu sekali. ni pun since babah dia balik dr oversea cuma 2 x je br dia balik umah@pjaya. d rest kami mmg kt umah mak coz aku ni wat tuition english weekends. once a month kami balik umah in law.

oh ye... smlm 2nd day ramadhan buka kt rumah. masak for hubby.... pusing gak pk nk masak pe... gebang2 ngan colleague last2 decide nak masak daging kicap, terung berlada+udang, sayur. then top up with kurma (of coz), pudding, murtabak n ikan pari bakar.


tgk hubby makan pun laju je... 3 x tambah... alhamdulillah... puas hati. even berkejar2 yela... balik dah kul bape... sampai umah dah kul 6. layan haffiey lg start masak round 6.15 tu pun suh hubby je pg bazar. alhamdulillah sempat siap kemas dapur lg... cekap tu ikut style my mum. dia kalo kt dapor mmg dr masak sampai siap kemas....


hmm... sedar x sedar hari ni dah pun 3 ramadhan... pantas betul masa berlalu. pe pun selamat menyambut ramadhan dan mudah2an dapat menyempurnakan ibadah kita sebaik2nya.....................





Tuesday, April 20, 2010



hi... been so long. does'nt have much time to write in here. been bz with workload as i just came back from maternity leave. 60days dude!! seriously a long period. neway i would love to announce that i've give birth to a cute baby boy on 24th Jan 2010@ 12.30am...... n we named him Muhammad Haffiey Ilhan Bin Mohd Zaini. Alhamdulillah... everything went smooth. there's no complication. both of us are in good condition. nothing serious (will tell bout my xperience in labor room in next post).
so..... ladies n gents we r proudly presenting our 2H...hehehe! shortform of both prince of us... harief n haffiey....(but! trust me will seriously drive us mad with both tantrums). bless u my babies...Really proud of you