leyazaini 4eva after

leyazaini 4eva after

leyazaini foreva after

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 07, 2010

cepat sembuh dik fiey.....

salam... lamanya x menulis di sini.... sibuk n disibukkan dgn segala hal... hehehe. dari babahnya sampailah ke anak2nya... huhu. nak wat cemane dah takdirnya begitu. cuti tahunan pun dah ketandusan... tapi episod ahli kuarga yg tak sehat masih berpanjangan.... tp apa pun sy sgt bersyukur kerana Allah tidak mensia-siakan doa sy supaya memberikan kesembuhan dan kesihatan yg baik buat kami sekuarga.

ceritanya..... kali ni adik fiey betul2 flat.... bagaikan tiada kesembuhan utk kesakitannya.... risau!!! yg hanya Allah saja yang tahu... sedihnya hati bila melihat putera tercinta terbaring lesu.... demam yg tiba2 shj boleh meningkat suhu... dan hanya kebah setelah lebih 2 minggu disudukan ubat... itu tidak termasuk air yg ditawarkan oleh atuk tersayang, doa mommy n babah...dan pastinya seluruh kuarga serta airmata yg sering tumpah setiap kali bersujud padaNya.

marah dgn doktor yg gagal memberikan jawapan terbaik bila ditanya kenapa masih begini keadaan adik fiey.... proses mengambil darah yg dilihat sgt menyakitkan... lebih2 lg bila yg melaksanakan seakan tidak punya pengalaman melakukannya.... sakit hati marah dan geram hingga akhirnya encik hubby bersuara dgn nada yg tdk sedap didengar telinga.

akhirnya apa yang dibekalkan hanyalah paracetamol yg dah hampir 2 botol habis, salbutamol yg dirasakan semakin memburukkan batuk adik fiey...yg seakan menjadi punca adik fiey mendapat athma attack dan sebotol antibiotik yg hanya diberi bila dikhabarkan yg adik fiey dah demam n batuk berpanjangan..... dan pd kali terakhir kami mendapatkan rawatan bila ibu (pengasuh adik fiey) mengkhabarkan yg adik fiey seakan sukar bernafas adik fiey diberikan neb sebanyak 2 x, sebotol salbutamol dan paracetamol dan yg lainnya adalah sebotol antiviral. akhirnya kerana sy bertanya apa yg diberikan pada waktu adik fiey diberikan neb adalah ventolin sy ambil keputusan utk memberikan sirup ventolin yg ternyata telah memberikan kelegaan pd adik fiey.... Alhamdulillah..... adik fiey semakin sembuh

apa yg sebenarnya hendak di nyatakan disini??.... perasaan seorg ibu yg derita melihat anak yg kesakitan... luahan rasa hati yg amarah! manakan tidak... adik fiey hilang 1kg berat badan... dr 8kg ke 7 kg.... n yet d dr say nothing.... sehingga pernah pada satu ketika saya memohon kepadaNya untuk memberikan kesakitan itu pada diri ini.... mmg bila ditanya apa sakitnya... demam + cough + flu ... athma attack.... kedengarannya normal... tp hanya mereka yg melihatnya menanggung kesakitan yg seakan tidak ada penghujung yg faham mengapa sy menulis disini. bukan hendak memburukkan hospital yg kami kunjungi tapi layanan yg diterima menyebabkan kami membuat kesimpulan mereka sangat lembab!! dan yg sedang menanggung kesakitan itu adalah putera kecil kami yg hanya berusia 9 bulan!! yg tdk mampu menyatakan dimana dan bagaimana kesakitan itu.....

dan sy bersyukur kerana pd waktu putera sulung kami meghadapi masalah yg hampir sama kami telah mengunjungi hospital yg juga hospital milik kerajaan) tetapi telah memberikan perhatian sebaik mungkin padanya.... walaupun kami harus mencari masa utk memenuhi tuntutan pertemuan dgn klinik pakar paed di hospital ini... sekurang2nya kami berpuas hati dgn perkembangan kesihatannya.

berlainan sekali dgn adik fiey.... apa yg penting kami berjanji sekiranya adik fiey menghadapi masalah kesihatan seperti yg pernah dihadapinya sekrg ini... kami pasti tidak akn mengunjungi lagi hospital tersebut ... dan pasti akan mencuba nasib di hospital lain yg dikatakan punya pakar paed yg baik memandangkan jarak yg membataskan pemergian kami ke hospital yg telah merawat abang sehingga pulih.... biarpun masa bukan milik kami tp demi kesembuhan n kesihatannya pasti kami akn mencuba apa yg terdaya.kini adik fiey semakin pulih... hanya doa dan kesyukuran yg tdk berkesudahan yg mampu sy ungkapkan. semoga episod duka itu tidak berulang lagi...

wat adik fiey n abg harief tersyg... mommy sentiasa mendoakan kebaikan yang terbaik buatmu sayang... hingga ke hujung nyawa ini....semoga anak2 mommy akan terus dilindungi olehNya... amin