leyazaini 4eva after

leyazaini 4eva after

leyazaini foreva after

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, March 29, 2012

just my 2cents

Bersabda Rasulullah s.a.w. : 

 "sesungguhnya kebenaran itu membawa kepada kebajikan dan kebajikan itu membawa ke syurga 
 Dan sesungguhnya seseorang akan berkata benar hingga ia ditulis disisi Allah sebagai orang yang benar. 



Sesungguhnya dusta itu membawa kedurjanaan dan kedurjanaan membawa ke neraka. 
 Dan sesungguhnya seseorang itu akan berkata dusta sehingga ia ditulis di sisi Allah sebagai pendusta"

just my 2cents: Ramai yang malu untuk mengakui kesilapan diri sendiri sehingga sanggup berdusta bertujuan untuk menghina mereka yang lain demi untuk menutup kelemahan diri sendiri. tidak cukup dengan itu, ada juga yang berdusta untuk menegakkan kebenaran mereka sedangkan mereka yg mendengar itu ternyata lebih mengetahui bahawa apa yg disampaikan adalah fitnah semata-mata. semua ini berlaku lantaran keegoan hati dan demi untuk menutup keaiban diri sendiri. dan yang paling dasyat apabila mereka yang tidak mengetahui perkara sebenar turut sama memberikan pendapat yang menyumbang kepada lebih parahnya fitnah yang disebarkan. kepada golongan pendusta ini semoga mereka ini mendapat petunjuk dan hidayah... ingatlah yang pasti dalam hidup ini adalah saat dijemput ILAHI.... wallahualam...

Untuk Renungan Bersama.....

“Jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu untuk kita walau seluruh isi alam ini menghalang kita dari mendapatkannya, kita tetap akan mendapatnya walau dengan apa cara sekalipun.

Tetapi jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN untuk kita walau seluruh isi alam ini cuba sedaya upaya untuk membantu kita untuk mendapatkannya, kita tetap tidak akan memperolehinya.”


 




Untuk Renungan Bersama....

“Adakalanya Allah memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia tahu ...apa yang kita inginkan.

Adakalanya Dia mengambil sebelum Dia memberitahu, kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Adakalanya Dia sedang menguji tanpa kita sedari, maka Dia anugerahkan akal untuk berfikir, memilih jalan terbaik..”

Wanita cantik ialah........

MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

Seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya. InsyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

TERSENYUM SAAT TERTEKAN

Percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar. kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya. tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut





Monday, March 12, 2012

RilekSantai: Pelukis Kartun Menghina Nabi Muhammad SAW Di Jilat...

RilekSantai: Pelukis Kartun Menghina Nabi Muhammad SAW Di Jilat...: Kurt Westergaard, lelaki yang melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W dengan niat untuk menghina Islam suatu ketika dulu. Allah S.W.T telah bak...