leyazaini 4eva after

leyazaini 4eva after

leyazaini foreva after

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 03, 2012

subhanallah....





Sesungguhnya Rencana Allah itu Maha INDAH

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan terhiris
Tetapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu bahagian dari kasih ILAHI Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita



Tidak MUDAH bangkit dari kejatuhan....
Tetapi akan terasa INDAH ketika sedar bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta Nya...Agar kita menjadi insan yg tabah dan kuat




Tidak MUDAH memberi ketika diri dalam kekurangan

tetapi akan terasa INDAH ketika kita boleh membahagiakan orang lain.......Bukan membahagiakan diri sendiri












Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan dihina
tetapi akan terasa INDAH jika itu bahagian dari PENYUCIAN DIRI
dan ikhlas dalam mengharap redha Ilahi





Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan
Tetapi akan terasa INDAH ketika menyedari
Bahawa Allah telah meminjamkan kepada kita walau hanya untuk beberapa saat


Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan
Tetapi akan terasa INDAH ketika menyedari
Itulah jalan yang harus ditempuhi untuk kebahagiaan yang bakal 
dianugerahkan Ilahi sebagai 
pengganti 




 Tidak MUDAH  melupakan kegagalan ketika masih berkubang didalamnya
tetapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah awal kejayaan kita



Tidak MUDAH  menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera
tetapi akan terasa INDAH ketika tumbuhnya kesabaran dan rasa syukur dan menyedari itu bahagian dari cara Allah menyayangi hambaNya

Sebagaimana Allah menyayangi para Nabi dan Rasulnya

Subhanallah.... Allah sentiasa ada untukku, untuk kamu dan sekelian hambaNya




Leya say: hanya mengharapkan keredhaanMu Ya Allah.... segalanya dipermudahkan dan ketenangan itu sentiasa menjadi pendamping kehidupan kami Ya Allah. Semoga rasa Syukur atas kurniaanMu terus subur di hati kami.....~Amin Ya Rabb~....