Ujian : Surat
Cinta dari Allah Supaya Kembali Bertawakkal Kepada Allah
Dengan nama Allah yang Maha pemurah
lagi Maha penyayang.
Dugaan dan ujian takkan pernah jauh dari kita, sebagai tanda
peringatan dan kasih saying Allah buat hambaNya.
Kita dibobok dan dimomokkan dengan teori, spekulasi dan
berita yang kita tak tahu sama ada benar atau tidak, betul atau palsu yang
kadangnya (biasa selalu) akan buat hati ini berdegup kencang, seram dan tak
semena mena menjadi pendiam lalu runsing.
Di
sini, ujian itu terlalu besar, kerana setiap kebergantungan itu kita perlu
letakkan sepenuhnya kepada Pencipta kita, Allah Azza wa jalla.
Telah dijelaskan dalam Al Quran.

La Hawla Wala Quwata Illah Billah.
Kembalilah
Bertawakkal kepada Allah
Benarlah
ayat ini “dunia itu penjara bagi orang mukmin”.

Pintu taubat Allah terbuka luas, tanda sayang dan kasihnya
Allah pada kita
Tajdid niat kita.
Biarlah semuanya kerana Allah Taa’la. Jadikan Al Quran dan
sunnah pegangan hidup kita. Dan bertawakallah hanya pada Dia.
“..sesiapa
bertawakkal kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya”
(Surah
al-Talaq, 3).
Semoga kita semua dilindungi, dipelihara iman dan diberi
kebaikan dunia dan akhirat. Letak kebergantungan kita hanya pada Allah Ta’ala.
Dan Allah tidak akan menduga kita luar batas kemampuan kita dan
tanpa izinNya tiada apa yang akan berlaku.
Percaya, sabar dan Redha.
*****

Artikel ini adalah perkongsian dari http://akuislam.com/blog/perkongsian-artikel/ujian-bertawakkal-kepada-allah/