Ayat Quran dan Hadis mengenai Zina
Firman Allah: "Perempuan dan
lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang daripada mereka 100 rotan
dan janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya kerana ini akan
mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah
dan hari akhirat dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan
sekumpulan daripada orang yang beriman." -Surah An-Nur: ayat 2
Petikan dari surah An Nur: ayat 30
Firman Allah bermaksud: "Dan orang yang menjaga kemaluannya, kecuali
terhadap isteri-isteri mereka atau hamba mereka, maka sesungguhnya mereka dalam
hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari selain itu, maka mereka itulah
orang yang melampaui batas." -Surah Al-Mukminun: ayat 5-7
Sabda Rasulullah s.a.w "Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangi umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka." -Hadis riwayat Baihaqi

Sabda Rasulullah s.a.w
"Umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka."-Hadis riwayat Imam Ahmad
Di sini jelas, bahawa pemberian nafsu
oleh Allah s.w.t kepada manusia adalah tanda kemuliaan manusia melebihi
penciptaan lain tetapi jika manusia tidak dapat menguruskannya sebagaimana yang
digariskan Allah, maka martabat kemanusiaan akan jatuh setaraf dengan haiwan
bahkan lebih teruk dari haiwan.