Sesungguhnya Rencana Allah itu Maha INDAH
Tetapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu bahagian dari kasih ILAHI Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita
Tidak MUDAH bangkit dari kejatuhan....
Tetapi akan terasa INDAH ketika sedar bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta Nya...Agar kita menjadi insan yg tabah dan kuat
tetapi akan terasa INDAH ketika kita boleh membahagiakan orang lain.......Bukan membahagiakan diri sendiri
tetapi akan terasa INDAH jika itu bahagian dari PENYUCIAN DIRI
dan ikhlas dalam mengharap redha Ilahi
Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan
Tetapi akan terasa INDAH ketika menyedari
Bahawa Allah telah meminjamkan kepada kita walau hanya untuk beberapa saat
Tetapi akan terasa INDAH ketika menyedari
Itulah jalan yang harus ditempuhi untuk kebahagiaan yang bakal
dianugerahkan Ilahi sebagai
pengganti
Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika masih berkubang didalamnya
tetapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah awal kejayaan kita
Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera
tetapi akan terasa INDAH ketika tumbuhnya kesabaran dan rasa syukur dan menyedari itu bahagian dari cara Allah menyayangi hambaNya
Sebagaimana Allah menyayangi para Nabi dan Rasulnya
Subhanallah.... Allah sentiasa ada untukku, untuk kamu dan sekelian hambaNya
No comments:
Post a Comment