lama tak update blog... hmm....akhirnya entry kali ni berkisar tentang kehilangan....kehilangan nenda tercinta yang bersama denganku sedari aku berusia 45 hari sehingga tarikh keramat 23 Januari 2012... tarikh yang mana akhirnya aku harus menerima hakikat nenek yang dengan rela menggantikan tempat mak dan babah (yang terpaksa meninggalkan aku kerana tuntutan rezeki...) akhirnya di jemput kembali Ilahi... Allah..... tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan aku di atas sebuah kehilangan.... satu perpisahan yang abadi.... kehilangan kasih dari dia yang membesarkan aku dari sebesar tapak tangan... yang mengasihi aku ... yang mengajar aku mengenali erti kehidupan... yang sering bercerita tentang sebuah cerita yang bernama kehidupan... yang setia di sampingku. aku membesar di bawah belaiannya... dibawah naungan kasihnya....
kini genap 2 tahun nenek kembali kepada Allah Yang Maha Agung. setiap kali rindu datang menyapa, setiap kali itu juga kenangan bersama nenek akan bermain di kotak ingatan...dan setiap pengalaman berharga yang aku kutip sepanjang bersama dengan nenek akan aku sampaikan pada anak cucuku. Sungguh segala memori indah sepanjang aku mengenali nenek sentiasa di minda dan akan terus subur sehingga saat aku pergi menyusulnya nanti...

Ya Allah aku mohon padaMu dengan sebesar-besar permohonan. Kau ampunkanlah segala dosa nenekku Ya Allah. kau jauhkanlah dia dari azab kubur dan api nerakaMu... Ya Allah kau kasihilah dia seperti mana dia mengasihiku, Kau rahmatilah dia Ya Allah... dan kau jadikanlah pembaringannya yang abadi ini sebagai salah satu taman dari syurgaMu....... amin ya Rabb.....
No comments:
Post a Comment