Assalam... sempena Israk Mikraj yang juga menandakan semakin hampirnya Ramadhan ... n semakin hampirnya BB to be with the Z's little family (SMILE)..., jom kita lihat apa yang terkandung didalamnya. Berdasarkan kepada pembacaan, kisah israk mikraj baginda Rasulullah boleh dibahagikan kepada 4 fasa; iaitu:
1. sebelum israk dan mikraj,
3. semasa mikraj iaitu perjalanan Baginda naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah; dan akhir sekali
4. selepas mikraj.
- jom kita dalami setiap intipatinya..........
Sebelum Israk dan Mikraj:
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut,
dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci
dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan
membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam
dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan
“khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq
untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan
“Israk” itu.
Semasa Israk (Perjalanan dari
Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
- Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
- Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
- Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
- Baitul-Laham (Tempat Nabi Isa A.S dilahirkan).
- Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang
memakan daging mentah yang busuk
sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan
perempuan yang melakukan zina
sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu
dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata
Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah
yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada
mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan
daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
- Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
- Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
· Didatangkan Mikraj (tangga) yang
indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama
lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
·
Langit Pertama: Rasulullah S. A. W.
dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S.
Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan
melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina
perempuan.
·
Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan
Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa
A. S. dan Nabi Yahya A. S.
·
Langit Ketiga: Naik langit ketiga.
Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
·
Langit Keempat:Naik tangga langit
keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S
·
Langit Kelima: Naik tangga langit
kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani
Israil.
· Langit Keenam: Naik tangga langit
keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah
mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda
sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
· Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk
langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang
bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.
A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada
malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk
umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA
ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku
kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan
tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR
dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM.
Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam
syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan
Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini
betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
·
Tangga Kelapan: Di sinilah disebut
“al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.
A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak
berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun,
batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata
yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi
oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai
Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan
melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
·
Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan
dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan
naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang
ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah
berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
· Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan
mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan
Muhammad , Rasul-Nya:
·
Allah S. W. T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami
perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil
dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa.
Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau
kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa
pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau
ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang
buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya
daripada syaitan. Allah S.W.T: aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu
sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan
buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan
keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah
Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu
ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah
‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar
makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan
semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu
lima puluh (waktu) sembahyang.
·
Selesai munajat, Rasulullah S. A. W.
di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya
menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi
keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali
merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan
memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya
sebanyak 50 waktu juga.
· Selepas Mikraj
·
Rasulullah S. A. W. turun ke langit
dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq
perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda
bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti)
peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa
itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).
Wallahu’alam.
- (Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah
sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih
penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi
meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa
Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh
pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati
Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
· Seandainya peristiwa dalam Israk dan
Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu
mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk
dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak
dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi
sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
· Peristiwa Israk dan Mikraj itu
merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah
Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti
kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
· Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha
Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari
Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya
agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’:
Ayat 1). wallahua’lam..