Zalim secara bahasa mengandung pengertian "aniaya/celaka" .
Zalim secara istilah mengandung pengertian "berbuat aniaya/celaka terhadap
diri sendiri atau orang lain dengan cara2 bathil yang keluar dari jalur syariat
Agama Islam". Disisi lain zalim bererti "menempatkan/meletakkan
sesuatu tidak kena/sesuai dengan tempatnya".
“Takutilah Kamu Doa
orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya itu dengan
ALLAH SWT (Riawayat Bukhari)
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam mengingatkan kita
akan bahaya doa orang yang teraniya, agar kita tidak berlaku aniaya
kepada orang lain, karena doa mereka tidak terhijab dan akan dikabulkan
oleh Allah Subhaanahu Wata’ala. Sekalipun mereka adalah para pelaku dosa besar,
yang dibesarkan dari makanan-makanan haram. Bahkan dalam sebuah hadits yang
diriwayatkan oleh Imam Ahmad dikatakan, walaupun orang yang teraniaya itu
adalah seorang kafir.
“Rasulullah
SAW bersabda (maksudnya): Zalim ada tiga jenis: Zalim yang Allah tidak akan
ampunkan; Zalim yang Allah akan ampunkan; Zalim yang Allah tidak akan
tinggalkan.
Zalim
yang Allah tidak akan ampunkan adalah syirik. Allah berfirman : Sesungguhnya syirik adalah zalim yang
amat besar (Luqman: 13);
Selain
itu, zalim yang Allah akan ampunkan ialah kezaliman manusia terhadap dirinya
sendiri dengan melakukan dosa-dosa antara dia dengan Tuhannya;
Dan
zalim yang Allah tidak akan meninggalkannya adalah zalim insan kepada sesama
insan sehingga mereka diadili kelak (di akhirat) – ( HR Al-Taualisiy dan Abu
Na’im dari Anas Bin Malik – Menurut Syeikh Nasiruddin Albaniy – Hadis Hasan -
Lihat Sahih Al-Jaami’ – No 3961 )”
Kezalim jenis ketiga iaitu kezaliman yang
manusia lakukan sesama manusia, seperti: menuduh orang yang baik-baik melakukan
zina tanpa mendatangkan empat orang saksi, memfitnah, mencuri harta orang lain,
rasuah, menghukum seseorang secara tidak adil, mendedahkan ke‘aiban seseorang
di khalayak ramai, mengambil/merampas hak orang lain tanpa keredhaannya dan lain-lain. Sesungguhnya Allah SWT akan meninggalkannya,
yakni Allah enggan masuk campur dalam zalim jenis ini, dan Allah enggan
mengampuni dosanya, sebab zalim jenis ini berlaku antara insan dengan sesama
insan. Orang yang melakukan zalim jenis ini perlu memohon ampunan kepada orang
yang dizaliminya sendiri bagi mendapat keampunan dari Allah dan keredhaan
Allah, bukan memohon ampunan kepada Allah.
Kezaliman telah diharamkan oleh Allah Subhaanahu Wata’ala atas seluruh umat manusia. Apa pun agamanya. Allah Subhaanahu Wata’ala tidak meridhai tindakan zalim kepada orang-orang non muslim, sebagaimana Allah tidak ridha seorang muslim dizalimi.
Allah Azza Wajalla berfirman, artinya, “Sesungguhnya Allah tidak berbuat
zalim kepada manusia sedikitpun.” (QS. Yunus: 44).
leya say: ... dan dengan rendah diri ku pohon maaf pada mereka yang pernah ku sakiti melalui kata-kataku secara lisan atau penulisan juga melalui perbuatan. aku tahu itu bukan mudah tapi percayalah segalanya lantaran rasa amarah yang tidak terbendung sehingga adakalanya aku bertindak di luar batasan kebiasaanku. semoga ketenangan sentiasa mengiringiku dalam melalui kehidupan yang penuh dengan ranjau. Hanya keampunan dan keredhaanNya yang ku harapkan... ampunkan keterlanjuran ku Ya Allah
No comments:
Post a Comment