leyazaini 4eva after

leyazaini 4eva after

leyazaini foreva after

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 02, 2013

Rahsia Tarikh Lahir

Rahsia Tarikh Lahir

anugerah dari syurga... muhammad amin fahmi....

sekadar berkongsi rasa kehilangan di atas kepulangan almarhum amin fahmi pada 24 Jun 2013 @ 3.45 pm... angah... dia adalah anak comel titipan syurga yang hanya aku kenali melalui papa n mamanya. jujurnya, kami tidak punya pertalian selain saudara seagama... tapi...yang buat aku tertarik yang buat aku jatuh kasih pada putera dari syurga ni... adalah semangat juang dan kasih sayang yang tulus dari kedua papa dan mamanya... dan yang paling menyentuh hati adalah senyuman indah dari pemilik wajah comel ni....



walau sekadar mengenalinya di alam maya... tapi ada sesuatu pada dirinya yang buat hati ini mengasihinya... mungkin juga kerana permata hatiku sendiri di uji dengan kesakitan walau keadaannya tidak seberat derita yang ditanggung anak syurga ini... mungkin juga kerana kekuatannya juga permata hati ku sendiri yang begitu tabah mengharungi kesakitan yang hanya mereka sahaja yang tahu betapa hebatnya penderitaan yang ditanggung....



walau apapun sayang....terima kasih angah kerana kekuatan dan ketabahan angah menjadi penyuntik semangat untuk aunty terus berjuang bersama harief eiman dan akan terus setia dengannya sehingga hujung nyawa aunty untuk merawat sakitnya sepertimana setianya kasih papa dan mama pada angah....


doa kami buat angah........... semoga angah berbahagia di syurga Allah..... RIP lil' angel...... al fatihah buat putera titipan syurga........