leyazaini 4eva after

leyazaini 4eva after

leyazaini foreva after

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 30, 2013

rentetan kisah enam bersaudara.....

7 Okt - KUALA SELANGOR – Masih tiada berita mengenai ibu kepada enam kanak-kanak yang ditinggalkan kelaparan dalam sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, di sini, kelmarin.
Penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, sehingga kini masih tiada khabar mengenai wanita itu tetap, bapa mereka sudah pulang sebaik dipujuk penduduk.
“Penduduk pun ambil berat masalah keluarga itu dan sentiasa menjenguk bila ibu bapa mereka asyik hilang. Saya pun sedih bila ada ibu bapa yang sanggup buat seperti itu kepada anak mereka.
“Alhamdulillah, nasib anak-anak itu nampaknya dibela bila ada individu yang sudi untuk menjaga sementara waktu dan ada pihak dari kerajaan negeri yang melihat keadaan rumah itu,” katanya.
Bagi Hasiah Saat, 53, dia sudah menganggap tiga anak malang yang diambil sejak kelmarin itu seperti cucu sendiri dan kasihnya tidak berbelah bagi.
“Alhamdulillah, sepanjang menjaga mereka cukup mudah seolah-olah mereka memahami keadaan yang berlaku. Nak tidur pun senang tidak ada yang merengek tengah malam.
“Saya pun senang melihat mereka terjaga makan minum, pakaian dan keperluan lain berbanding saat mereka ditemui dengan pakaian agak comot.
Wartawan SH, Arziana Mohamad Azaman yang melihat sendiri keadaan anak-anak keluarga itu akui sedih dengan penderitaan yang dialami anak bongsu itu.
Lampin pakai buang yang dipakai dalam tempoh lama sudah berbau dan ruam di bahagian kemaluan agak teruk.
“Saya tidak tahu berapa lama lampin yang dipenuhi najis itu dipakai kerana bila saya membukanya, habis ruam teruk dengan lampin agak ‘berat’.
“Bila bagi susu, bayi itu agak ‘pelahap’ sebab terlalu haus dan tidur kekenyangan. Memang mudah menjaganya dan beruntung siapa yang dapat anak seperti itu,” katanya.
Sementara itu, wakil Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Dr Rodziah Ismail, Rozaini Mohd Rosli turut mengunjungi rumah enam beradik itu.
Katanya, Dr Rodziah memaklumkan akan meminta kerjasama semua agensi di bawah kerajaan negeri yang boleh membantu membela nasib enam beradik itu.
“Langkah yang wajar perlu diambil untuk membantu keluarga itu dan turut menghubungi ahli keluarga suami itu untuk membantu.
“Usaha ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan kebajikan supaya keluarga ini dapat dibela dengan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO), Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor dan pihak
berkenaan,” katanya.
Wartawan SH turut menemui bapa enam beradik itu, Mohd Roslan Ismail, 32, ketika kunjungan kali kedua ke rumah itu dan dia mengakui kesilapan.
“Saya berterima kasih kepada semua yang prihatin dan beri makan kepada anak saya. Saya tidak akan lupa jasa mereka.
“Saya juga mengizinkan beberapa individu untuk menjaga anak buat sementara waktu kerana sekarang ini saya serabut dengan masalah keluarga. Isteri entah ke mana dan anak-anak terabai,” katanya. -sinarharian.
8 Okt - KUALA SELANGOR - “Saya takut nak balik jenguk anak-anak bila tahu suami ada di rumah sebab sebelum gaduh, dia dah bagi amaran supaya jangan balik lagi.

“Saya sedih bila selalu kena pukul dan kekurangan wang sebab suami tak kerja hampir setahun. Bila ada salah atau tanya sikit, dia akan pukul saya tanpa sebab,” kata ibu enam beradik yang ditinggalkan, Che Suwarti Che Pa, 31, ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Che Suwaiti berkata, bila gaduh besar kali ini hanya kerana motosikal, dia cepat-cepat keluar rumah sebab tidak tahan dipukul lagi dan terus pergi bersembunyi di rumah rakannya.

“Saya ada juga pulang senyap-senyap lewat malam untuk melihat anak tetapi rumah gelap dan sunyi. Saya hanya sempat ambil baju di ampaian belakang rumah sahaja. Kalau dulu suami tinggalkan kami tujuh beranak tanpa duit dan makan minum, saya pendamkan sahaja dan berusaha untuk mencari sumbangan dari Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Jeram.

“Ingatkan bila bawa diri ke rumah kawan, suami belajar dari kesilapan tetapi lain pula jadinya bila dapat tahu anak ditinggalkan suami begitu sahaja. Sebab sebelum saya keluar rumah, suami masih ada di rumah dan bila jadi begini, saya sedih dan malu,” katanya yang hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Selangor.

Menurutnya, dia masih mahu menjaga kesemua anak-anaknya itu namun disebabkan kekangan duit, anak sulung yang juga kurang upaya (OKU) berusia sembilan tahun tidak dapat bersekolah.

“Kalau boleh saya mahu selesaikan masalah ini cepat-cepat dan masih 
sayang anak-anak,” katanya yang masih menunggu keputusan JKM.

Bagaimanapun lain pula respons apabila ditanya suaminya, Mohd Roslan Ismail, 32, mengenai pergaduhan itu dan pihaknya menafikan perkara itu.

“Tetapi saya berterima kasih kepada semua kerana banyak membantu kami,” katanya.

Tak lepas tangan

Wakil keluarga yang enggan didedahkan nama berkata, rata-rata ahli keluarganya sudah lali dengan masalah yang dihadapi pasangan suami isteri itu yang kerap bergaduh.

“Bila ada masalah, si suami tempatkan anak-anak di rumah kami dan bila dah berbaik semula, isterinya pula mahu mengambil anak untuk dijaga. Dahulu anaknya sudah tinggal di kampung suami di Kelantan tetapi isterinya mengambilnya semula kerana mahu menjaganya.

“Bila bergaduh, anak-anak menjadi mangsa,” katanya yang terkejut apabila membaca berita mengenai enam beradik itu sebelum menghubungi ahli keluarga lain.

Katanya, kalau dahulu ahli keluarga sibuk mahu membantu menyelesaikan masalah mereka tetapi suami isteri masing-masing berdegil dan mempersoalkan keprihatinan mereka untuk bantu.

“Bila kita mahu bantu, dia pula pertikaikan menyebabkan kami putus asa. Bahkan kita pun tidak tahu mana mereka tinggal selepas rumah sewa terbakar beberapa tahun lalu.

“Bila keluar surat khabar barulah kita tahu mereka berada di mana sebenarnya dan berusaha untuk bantu demi masa depan enam beradik itu.

Ahli keluarga dah putuskan untuk menjaga keenam beradik itu kerana tidak mahu perkara sama berulang tetapi bila jadi kes JKM, kita kena tunggu keputusan,” katanya.

JKM ambil tindakan

Sinar Harian difahamkan, keenam beradik itu kini di bawah penjagaan JKM Kuala Selangor untuk tempoh yang ditetapkan sementara menunggu siasatan.

Menurut JKM Kuala Selangor, pihaknya sedia maklum dengan masalah itu dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menjaga enam beradik itu buat sementara waktu.

Selepas berita mengenai nasib malang enam beradik itu didedahkan Sinar Harian, orang ramai termasuk NGO tidak putus-putus memberi respons untuk membantu dan ada juga mahu mengambil sebagai anak angkat.

Panggilan luar biasa diterima daripada individu prihatin yang mahu membantu membela nasib enam beradik itu dan orang ramai boleh datang ke JKM Kuala Selangor untuk maklumat lanjut.

Ahli Majlis Kuala Selangor yang juga Ketua Wanita PKR Cabang Tanjong Karang, Nurfaezah Ismail bersama Ketua Wanita PKR Ranting Jeram, Siti Zaleha Rashid turut hadir ke JKM, semalam.

Sementara itu, Penyelaras PKM Dun Jeram, Muhd Rashid Muhd Kassim turut kesal perkara itu berlaku sedangkan sebelum ini pihaknya banyak membantu dari segi kewangan.

“Bila si isteri datang mohon bantuan kerana tiada duit nak beli susu, saya bagi sikit untuk ringankan beban dan buatkan permohonan bulanan dengan JKM bagi membantu mereka.

“Saya ingatkan hidup mereka dah baik kerana sudah lama tidak datang atau menghubungi saya, tetapi bila dapat tahu berita seperti ini saya jadi sedih,” katanya  - sinar harian

Leya say: Tahniah coz semua pihak memainkan peranan untuk bantu anak2 yang tidak berdosa ini. Thanks pada semua yang perihatin. Syukur Alhamdulillah.... insyaAllah nasib anak2 ini akan terbela... syukur Ya Allah.....


Tuesday, October 29, 2013

6 anak kecil ditinggal kelaparan di Kuala Selangor

Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram,Kuala Selangor kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir ‘nyawa-nyawa ikan’ akibat kelaparan.
Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampaklima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.
“Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik keKelantan kerana ‘emak dah mati’.
“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumahyang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.
“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayiberusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu.
“Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini,” katanya.
Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang.
Terkenal sikap suka ‘perang besar’
Dalam pada itu, seorang wakil penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, tidak mustahil bayi berusia tujuh bulan itu menghembuskan nafas terakhir jika tidak dijenguk oleh mereka.
“Saya cuba gerakkan badannya bila lihat terbaring begitu sahaja dan nasib baik matanya buka sedikit dan bergerak. Keadaan itu cukup melegakan hati.
“Saya terus menghubungi penghulu mukim kerana tidak tahu nak buat macam mana lagi. Ibu dan bapa budak itu tidak dapat dikesan,” katanya.
Menurut Daud, ibu bapa kepada enam beradik itu memang terkenal dengan sikap mereka yang suka ‘berperang’ besar.
“Penduduk di sini pun selalu mengadu tentang perangai buruk mereka itu. Pernah juga mereka bergaduh besar sampai nak berparang, mujurlah kami sempat  campur tangan,” katanya.
Bagaimana pun katanya, dia tidak sangka kedua-dua suami isteri itu mementingkan diri sendiri dan sanggup meninggalkan anak-anak kecil lebih sehari tanpa memikirkan makanminum mereka.
“Sebelum ini ada juga mereka ‘hilang’, tapi sekejap-sekejap dan jiran rumah selalu bagi anak-anak ini makan.
“Tapi kalau dah hilang lebih sehari sampai anak-anak hampir melarikan diri, saya rasa ini dah melampau. Apa nasib anak-anak ini nanti?” katanya.
Anak-anak tak banyak karenah
Seorang  jiran mereka, Jamilah Yusof, 53, memberitahu Sinar Harian, dia juga sering melihat-lihat keadaan enam beradik itu setiap kali ditinggalkan ibu bapa mereka selepas bergaduh besar.
“Saya sendiri yang menyambut kelahiran anak bongsu mereka di rumah itu. Memang kasihan, anak-anak itu pula tak banyak karenah apabila ditinggalkan seolah-olah faham masalah keluarga mereka.
“Tapi sangat menyedihkan apabila mereka tidak diberi makan dan minum lebih 24 jam.
“Ada ramai orang yang begitu mahukan anak tapi tak bernasib baik, mereka yang dikurniakan ramai ‘amanah’ ALLAH ini sanggup biarkan mereka begitu saja. Sampainya hati,” katanya sebak.
Sementara itu, Penghulu Mukim Jeram, Kamarudin Abd Rahman berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada agensi yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.
“Keluarga ini saya kenal sejak rumah sewa mereka terbakar beberapa tahun lalu dan mereka sanggup tidur anak beranak di tepi pantai. Bila dapat tahu, saya tempatkan mereka di sebuah rumah sebelum ditempatkan di sini.
“Bila kita bantu, mereka pula buat perkara menyedihkan seperti ini. Bergaduh macam mana pun tak perlulah libatkan anak-anak yang tidak berdosa ini,” katanya.
leya: mudah2an anak2 yang tidak berdosa ini terbela nasibnya.... Allahuakbar!!! sumber http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2013/10/6-anak-kecil-ditinggal-kelaparan-di.html

thought of the day....



 leya say: just another thought for the day... :)

Monday, October 21, 2013

Rahsia ayat empat Qul

Empat QUL diantara ayat-ayat hebat yg Allah s.w.t turunkan kepada kita supaya kita terpelihara dari gangguan jin,syaitan dan iblis yang senantiasa menyesat manusia.Selalulah membaca dan jadikan amalan kita sebagai menjadi pendinding dan perisai hidup kita..Insya Allah..
Sabda RASULULLAH s.aw “Tiada daya upaya dan kekuatan hanya pertolongan dariNya.
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang membaca Surah Al Kafirun maka bandingannya seperti membaca 1/4 dari al quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa bencana yang mengejutkan.” (HR. At Tirmizi)
Saidina ‘Ali r.a menerangkan; pernah Rasulallah digigit kala, kemudian baginda mengambil air garam, dibacakan surah alFalaq dan anNas lalu disapukan kepada anggota yang digigit kala tadi.
‘Uqbah bin ‘Amir menerangkan; ketika aku sesat jalan dalam satu perjalanan bersama dengan Rasulallah (s.a.w), baginda membaca surah alFalaq dan anNas dan aku pun disuruh oleh baginda juga untuk membacanya.
Barangsiapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca surah alFalaq dan anNas sebanyak 41 kali, selama tiga hari, lina hari atau tujuh hari berturut-turut.