leyazaini 4eva after

leyazaini 4eva after

leyazaini foreva after

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 09, 2014

Dendam...

Rambut yang tercabut daripada akar menimbulkan rasa sakit. Tangan yang tergores ataupun kaki yang terhantuk pada batu juga menyebabakan rasa sakit. Perut yang ditendang, muka yang ditampar, terkena tusukan ataupun pukulan jaga goresan pedang pasti memunculkan rasa sakit. Rasa sakit itu tidak diajar melalui proses pendidikan dan pembelajaran.

Rasa sakit itu bersifat semula jadi dan fitrah. Apatah lagi bila kita dihina, difitnah, dilukai, dicurangi, didustai dan dibelakangi...... pasti muncul rasa perit yang mencucuk dan merobek jiwa.... pastinya rasa sakit muncul dalam hati... sakit yang mendera hati, batin dan perasaan.

Membalas Dendam: Pengecut atau tidak?

Ada orang yang mengatakan, orang yang tidak berani membalas sakit hati adalah pengecut. Mereka berkata, orang yang mengatakan “mari memaafkan” adalah orang yang hipokrit.
Sakit hati perlu dibalas. Mata diganti mata dan gigi diganti gigi. Sakit hati dibalas dengan sakit hati, sekitanya boleh, sehingga ke tahap yang sekejam – kejamnya.

Ini salah!

Sebenarnya dia salah apabila mengatakan orang yang tidak membalas sakit hati adalah pengecut. Menahan sakit hati supaya tidak membalas rasa sakit hati dengan cara menyakiti kembali bukan tindakan pengecut. Lebih dari itu, bersabar dan tidak menyakiti orang yang menyakiti  ia tidak disebut sebagai tindakan pengecut. Pengecut adalah ketika disakiti, lalu kita berasa sakit, kecewa, sedih dan berputus asa kerana tidak dapat berbuat apa – apa bagi membalasnya ataupun tidak tidak kuat menahan rasa sakit dengan kesabaran. Inilah yang disebut sebagai pengecut. Orang yang pengecut biasanya lari daripada tanggungjawab terhadap diri sendiri.

Pertanyaan yang sering muncul sekarang adalah mengapa dendam muncul dalam diri kita? Adakah dendam perlu dibalas?
Sekiranya dendam tidak terbalas, apa yang terjadi?
Dendam bermula daripada rasa sakit hati.. “Dendam adalah rasa marah yang kita simpan jauh dalam hati, sehingga merosakkan hati kita sedikit demi sedikit. Akibat menyimpan dendam, kita mengalami tekanan berpanjangan”

Ada orang menderita strok kerana disebabkan oleh mereka sakit hati, dan ada orang menderita sakit jantung juga kerana perkara yang sama. Semua itu disebabkan hatinya dikuasai dendam, tetapi dia tidak dapat melampiaskan dendamnya itu. Dendam dihati bukan hanya menyebabkan sakit hati, bahkan mungkin juga menjejaskan kesihatan tubuh badan.

Dalam dendam memang selalu ada kebencian, marah, kecewa, putus asa, dan hampa kerana dendam itu tidak terbalas.


Adakah waktu dapat menguraikan dendam?

Ya. Tetapi bergantung pada orang yang memiliki dendam itu sendiri. Apabila hati tidak segera dibebaskan daripada rasa dendam, sakitnya tetap terasa walaupun waktu berubah. Apabila orang berbuat jahat kepada kita, kita boleh mengambil jalan dengan urutan cara berikut:
  • Kita tidak membalas
  • Kita balas dengan cara setimpal
  • Kita bersabar dengan keburukan yang dilakukan oleh orang kepada kita
Antara akhlak Islam adalah apabila orang lain memperlakukan kita dengan buruk, kita membalasnya dengan berbuat baik, tidak dengan keburukan juga.

Namun, pada saat orang berbuat jahat kepada kita, biasanya tiada yang lain yang akan kita fikirkan kecuali bagaimana membalasnya dengan kejahatan juga.

Kadangkala kejahatan sehasta dibalas dengan keburukan beberapa hasta.... ditambah keinginan memukul, menendang, ataupun tindakan lain yang lebih ekstrem.

Jujur pada diri sendiri. Kita sering tidak sedar pembalasan kita sudah melampaui batas. Kita membalas keburukan dengan cara yang lebih buruk. Sekali kita dimarahi, kita membalas dengan berkali – kali memarahi. Sekali kita ditampar, kita membalasnya dengan menampar berkali – kali. Rasanya – rasanya, kita masih juga belum puas. Kita ingin menamparnya lagi, kita ingin menyakitinya dengan cara yang lebih sakit dan lebih sakit lagi.

Membalas keburukan dengan keburukan adalah kehinaan atas kehinaan. Darjat orang yang demikian adalah rendah, sama sahaja seperti membalas kedengkian dengan kedengkian. Perkara yang melatari perkara itu adalah dendam dan bukan menegakkan keadilan.

Membalas keburukan dengan keburukan memang dapat membahagiakan hawa nafsu, Tetapi membalas keburukan dengan kebaikan adalah kemenangan manusia dihadapan manusia lain dan di hadapan Allah. 



Wahai Hati.... Bersabar, bersabar dan bersabarlah..

Percayalah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang ingin Allah tunjukkan kepada kita. Apa yang perlu buat adalah sabar dan yakin bahawa semua itu akan datang pada kita, tepat pada masanya.

“Apabila kamu membalas kejahatan, kamu perlu membalas kejahatan yang sama seperti yang ditimpakan kepada kamu dan apabila kamu bersabar, tindakan yang demikian itu adalah lebih baik untuk orang yang bersabar”  [ An-Nahl ayat 126 ]

disesuaikan dari: http://akuislam.com/blog/renungan/

leya say: semoga hati akan terus tabah, terus dipimpin Allah. setiap perbuatan pasti ada balasannya..... itu janji Allah... dan itu PASTI!!

Tuesday, July 08, 2014

Persiapan hari raya dan kehadiran bintang hati yang baru...

well tu dia tajuk.... hehehe... dalam kesibukan preparing for our new family member... persiapan raya x kurang penting.... even... kita raya kat umah jer tahun nih yer.... :)...
dan Alhamdulillah... semakin hari semakin hampir kami menyambut kelahiran putera ke tiga kami... insyaAllah.. yang bongsu kot.... hehehe...

ari ni just came  back from check up with d specialist. estimation the baby is expected to be with us earliest next week... tp kalo x bersalin juga i was instructed to go to HPJ this comin 20th.... huhu....

ari ni first time g check up en husben xde kat sisi. normally dialah yg plg bz tanya macam2 soalan kat Dr. cuma ader wakil kecik tu... incik poyos of all time our cheeky haffiey Ilhan. Bless u mok mok mommy....hehe. 

 N yet Dr bg mcm2 advise, info n instruction for weeks comin... haa tu la nasib kalo kene refer ke pakar coz of GDM. :P. please bear that in mind k bb.... Babah pon x sudah2 mencari nama kedua awak.... mcm2 nama mommy  bg sumer dia kata x best la tak kena la.... so kita tunggu je nanti ble masa dia daftar kelahiran adik nanti tulah takdirnya nama awak....hehehe....



cerita tentang persiapan.... alhamdulillah everytg prepared. Babah beria2 pg beli kain utk wat bedung n barut utk bb. kali ni kita pilih tema blue with cute doraemon character. hehehe. unique n mommy like it. nenek abg haq yg tolong jahit coz we totally forgot yg wan pon ader mesin kat umah dia. hahaha.... 



Abang eiman n adik fiey on our 1st terawikh..
alhamdulillah abang pose penuh utk 8 hari. :p
skrg kita cuma tunggu tuan punya badan sahaja. mommy n babah is hoping bb lahir on 15th nih.... senang nak ingat tarikh lahir adik dlm bulan islam. nama yg setakat ni mommy n babah setuju pon... hmm... ikut kata survey class gitu... hehehe.... cuma mommy n babah x agree ngan bb nye 2nd name tu... pe pon veto kat tgn babah... so cam mommy kata td le... time dia daftar kelahiran bb nanti time tu la kita tau final 2nd name bb tu... hehehe....















apa pun bb.... mommy n babah hanya mampu bermunajat ke hadrat Allah mudah2an dipermudahkan perjalanan dan urusan kelahiran bb. Doa mommy n babah... semoga putera "miracle" kami ni akan menjadi anak yg soleh dan di beri kejayaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat... amin....