leyazaini 4eva after

leyazaini 4eva after

leyazaini foreva after

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, January 31, 2011

5hb Januari 2011...

salam.... 2011 dah pun 31 hari berlalu... dugaan? masih berterusan... Alhamdulillah, syukur. itu tandanya Dia masih mengingati aku sebagai hambanya... itu adalah yg terbaik buat kami...

5th January... mengundang seribu perasaan... bermula dengan diri sendiri yang demam, muntah2 n diarhea yg semakin tidak tertanggung, ditambah lagi dengan panggilan yang mengatakan putera tersayang turut mengalami muntah2 untuk kesekian kali sehingga lemah... maklum segala yg diisi semuanya keluar... sigh... aku mengambil keputusan supaya harief dihantar ke rumah dan kami akan menghantarnya ke hospital. hubby yg dalam perjalanan pulang ke rumah setelah seharian bekerja semakin risau. then off to hospital.....

atas diagnosis doktor yg bertugas di bahagian kecemasan harief perlu drip memandangkan keadaannya dan doktor khuatir sekiranya harief x punya kekuatan untuk minum sendiri... aku? after d treatment dan berjaya meyakinkan doktor yg aku masih mampu untuk minum walaupun hanya sekadar air masak doktor beralah untuk tidak memberikan drip... plus a day MC supaya proses penyembuhan berlangsung dgn sempurna. pada mulanya... segalanya berlaku dengan baik sehingga aku bangkit untuk membuatkan harief susu.... satu panggilan dr hubby mengatakan dadanya sakit membuat aku berlari semula mendapatkannya diluar... syukur kerana insiden ini berlaku di bahagian kecemasan.... staff yg bertugas memberikan bantuan terbaik... prosedur untuk serangan jantung dilaksanakn dan akhirnya hubby tercinta kembali stabil....

aku yg demam? kebah... terus sihat demi rasa tanggungjawab dan perlunya aku untuk kuat bg menguruskan kedua putera n hubby... syukur kerana Allah tidak membiarkan aku keseorangan...kehadiran adik n ipar menguatkan lg semangat.... akhirnya aku akur untuk membiarkan hubby mendapat rawatan sementara aku dan anak2 balik dulu kerumah.

paginya... aku menguruskan hubby. alhamdulillah doktor menyatakan yg dia tidak perlu dimasukkan ke ward. ini cukup meggembirakan aku.... kenyataannya... hubby terlalu bimbang dengan kesihatan kami sehingga terlupa yg dia punya masalah jantung. doktor mengarahkan supaya hubby mendapatkan rawatan susulan di klinik pakar dan disitulah kami menghabiskan separuh hari. putera2 tersayang... keduanya dibawah jagaan adik n ipar. terimakasih yg tidak terhingga... sungguh aku terharu dengan keikhlasan mereka membantu....

setiba dirumah, harief menyambut dengan tawanya... haffiey dengan senyuman manis... keadaan itu cukup membuatkan hubby tersenyum... kerna aku tahu itulah sumber kekuatannya..... hubby mendakap kedua2 putera kami dan meminta untuk berehat. aku tahu yg hubby akan kembali sihat seperti sediakala.....dan aku yg sebenarnya kepenatan meneruskan hari dengan melayan karenah kedua mereka. keluarga yg sedia maklum dengan keadaan kami turut datang berziarah.....

kenyataannya.... 5hb adalah hari yg sangat menakutkan dan menguji kasih sayang kami untuk kesekian kali... takut kehilangan si dia yg tercinta, membayangkan hari2 kusam yg akan aku lalui tanpa dia tapi Allah masih mengizinkan kami untuk terus bersama lagi... semoga ianya kekal sehingga kami berdua melewati hari2 terakhir kami disamping anak2 n cucu kami kelak.... amin....

No comments: