leyazaini 4eva after

leyazaini 4eva after

leyazaini foreva after

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 07, 2012

5 kuih popular Terengganu di masa bulan Ramadan

Bulan Ramadhan selalu dialu-alukan bagi umat Islam. Bukan sahaja ia adalah masa untuk menunaikan ibadat puasa tetapi memberi kesempatan  meraih pendapatan lebih di pasar Ramadhan (bagi yang akak abang yang terer memasak). Bulan Ramadhan juga masa untuk menikmati pelbagai juadah termasuk kuih muih yg jarang kita dapat masa bulan x pose... so memandangkan masa aku baca artikel ni aku teringat kepada kuih akok so aku pon kopipes untuk jadi santapan mata sumer sblm mengadap yg originalnya masa buka nanti.... hehehe.....

so... ladies and gents, presenting.......
 5 jenis kuih Terengganu digemari ramai yang boleh dijumpai pada bulan Ramadhan.

No. 1 - Akok, manis dan lemak, sesuap, maka kirim salamlah pada diet anda. Nasib baik orang-orang Pantai Timur ni makan lauk singgang yang dikatakan boleh merampingkan badan. jadi dapatlah mengimbangkan kelemakkan kuih akok. Akok terbaik dibancuh daripada santan perah, telur merah, tepung, gula nipah dan pati pandan. Dipukl menjadi bancuhan kaler hijau muda dan dibakar atas bara api daripada sabut kelapa. Mesti makan panas-panas!

No. 2- Lompat Tikang - kuih yang amat cantik, berlapis hijau, putih dan bermahkota pulut kaler pink. tetapi perlu dinikmati dengan moderasi. sum-sum hijau dibawah dibuat daripada tepung beras dan pandan, diatasnya santan masin dan gula nipah. Rasanya lemak-manis dengan kepahitan yang memberi kuih ini dimensi yang unik... kata pengarang asal (aku pon x pernah rasa lg...hehe)

 No. 3 - Segumpal - Dipantai Barat ini lebih dikenali sebagai badak berendam. ceritanya kuih ini mendapat namanya kerana setiap satu "digumpal" dengan tangan menghasilkan kuih yang bulat dan comel. ia mempunyai tekstur melekit, luarnya adalah sagu dan dalamnya kacang hijau yg telah dihancurkan. sebelum di jual ia akan berendam di dalam mandian santan lemak-manis dengan kepedasan rasa halba dan halia...hmm... mungkinke aku dah pernah makan? yang pastinya bukan aku le yg buat kan... mmg sah bukan badak berendam maybe badak yang terendam kot............. hahaha...



No. 4 - Mek Comey - Di Kelantan kuih ini dikenali sbg Cek Mek Molek. Sayangnya namanya tidak serupa rupa. Lebih senang terserempak bertanduk daripada terjumpa Mek Comey yang betul-betul comel.. kata penulis asal ye... rupa parasnya sederhana, lembut dan berwarna coklat keemasan diperbuat daripada adunan ubi kayu. gigit Mek Comey ini dan cairan gula akan meleleh keluar. mcm kuih keria yg diterbalikkan....

No. 5 - Lok Lit - ini memang rekaan Terengganu. Rupanya seiras Buah Gomok dan memang susah dijumpai wpun di Bulan Ramadhan. Ia juga bentuk bulat dibuat daripada kelapa parut, cairan gula nipah dan pulut yg ditumbuk halus. ini dibulatkan menjadi lebih kurang bentuk bola ping pong. cara terbaik untuk membuat kuih ini adalah dengan lesung kayu.




 not sure kalo ni gambar sebenar... pe pon sume ni ihsan abang long google..... ehehehe....



leya says: though m not a big fan but..... merasa makan kuih akok masa vacation lepas mmg best. tp kena makan panas2.. kalo tak terasa kehanyirannya (esp. pd org yg xtahan hanyir cam aku nih)... huhu.... yang lain-lain spt dlm senarai tu will try sum other day..... :P

No comments: