leyazaini 4eva after

leyazaini 4eva after

leyazaini foreva after

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, May 16, 2014

TAUBAT.......

Setiap hari merupakan satu pengalaman untuk kita.

Pengalaman pada saya kejadian yang telah lepas samada baru tadi tadi ianya berlaku atau mungkin telah lama kejadian tersebut berlaku. Keseimpulannya pengalaman hanya akan kita perolehi apabila kita telah melalui waktu-waktu yang kita alami setiap saat. Pengalaman adalah sesuatu yang praktikal dan tidak akan dapat diperolehi secara teori. Pengalaman melibatkan rasa dan perasaan.

Pengalaman lebih mudah diingati daripada pembacaan.

Kita sering merasa tertekan apabila berhadapan kepayahan. Kepayahan bagi kita satu pengalaman buruk yang sebolehnya kita hindari. Kepayahan bagi sesetengan orang adalah milik mereka yang tidak tahu mengatur hidup. Walau di mana pun kita berada kita sering terdengar akan rungutan atau keluhan manusia tentang kepayahan. 

Kepayahan yang sering dilihat negatif itu adalah satu bentuk latihan yang dikurniakan oleh Allah swt kepada kita agar dengannya kita akan menjadi lebih bijaksana, lebih teliti serta tabah untuk menjalani babak seterusnya dalam hidup.

Jika tidak pernah langsung mengalami kepayahan apakah yang akan terjadi jika satu ketika melihat orang yang berada dalam kepayahan. Mungkin perasaan perikemanusiaan kita amat kurang dan ini menunjukkan nilai cinta sesama makhluk juga begitu kurang. Jika tidak pernah menghadapi kepayahan, juga tidak akan pandai menilai erti kesenangan.

Kepayahan adalah satu langkah kematangan hidup dan juga satu jalan mencari jawapan kepada setiap persoalan yang kita hadapi. Cara mengatasinya kita perlu bergantung secara sepenuhnya kepada Allah swt, menguasai diri kita, menguasai emosi kita serta berusaha untuk memberi yang terbaik terhadap penyelesaiannya. Apabila berjaya kita akan mula melangkah lebih jauh.

Sewaktu kita berada dalam kepayahan kita sentiasa ingat Allah swt dan berdoa kepadaNYA agar memberikan jalan keluar yang terbaik untuk diri kita, tetapi apabila kesenangan menjenguk diri kita mula berkurangan menyebut nama Tuhan yang telah memberi kesenangan kepada kita. Oleh yang demikian saya merasakan bahawa kesenangan itu satu ujian, dan kerana itulah perkara yang paling sukar adalah mengekalkan kesenangan. Kita sering tidak tahan diuji.

Kita akan diuji hanya setelah kita menjalani latihan. Ramai yang mungkin salah faham kerana mengganggap ujian itu datang ketika kepayahan, ujian adalah sewaktu kita menghadapi kesenangan. Dengan kesenangan itu kita mungkin menjadi seorang yang tamak, mungkin menjadi seorang yang sibuk dan yang paling menggerunkan ialah menjadi seorang yang lupa Tuhan. Jika kita tahu bahawa kesenangan itu satu ujian kita akan menghadapi kesenangan itu dengan lebih berhati-hati dan menguasainya lebih daipada apa yang kita lakukan sewaktu zaman kepayahan. Kita juga tahu kesenangan itu boleh menjatuhkan kita dengan lebih teruk daripada kepayahan.

Ketika payah kita hanya jatuh secara fizikal dan emosi tetapi ketika senang kita jatuh dari segi rohani dan jika dibiarkan, kita akan lebih mengingati kesenangan yang kita ada lebih dari mengingati Allah swt. Sewaktu senang juga kita lebih takut untuk menjadi susah daripada takut kehilangan cinta Allah swt. Kita mula merasakan apa yang kita kecapi hari ini adalah kerana usaha kita dan bukan pemberian Allah swt. Permainannya begitu halus.


Maka fahamilah secara bijaksana apa itu kepayahan dan apa itu kesenangan. Kepayahan itu mungkin boleh membunuh tetapi caranya kasar manakala kesenangan itu sebenarnya lebih bahaya. Ini tidak pula bermakna kita tidak perlu mencari kesenangan. Kita perlukan kesenangan tetapi kita perlu menguasai diri kita sewaktu kita berada dalam lingkungannya kerana kepayahan itu satu latihan hidup dan kesenangan itu ujiannya. Kita perlu lulus dalam ujian agar mendapat kesenangan di kedua-dua alam....





ku copypaste: fb.rokiah.jaafar 

No comments: