leyazaini 4eva after

leyazaini 4eva after

leyazaini foreva after

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, June 03, 2016

Assalammualaikum, lama dah rasanya tak membuka blog nih. hehehehe... bukan x mo tapi tuntutan kerja yg membataskan untuk berbloging. 

Anyway, sempena ramadhan yang semakin menghampiri kita... saya mohon semoga segala kekhilafan dimaafkan, semoga ramdhan tahun ini lebih bermakna buat kita semua. amin.

sambung cerita tentang kami... Alhamdulillah, syukur kerana kami masih bersama. insyaAllah hampir 10 tahun kami melayari bahtera rumahtangga. dan syukur Ya Rabb... dalam mengenang suka duka hidup bersama hampir sepuluh tahun.. Allah titipkan dengan berita gembira yang kami dari berlima insyaAllah akan dapat ahli keluarga baru menjelang anniversary ke 10 nanti. syukur ya Rabb. Tambah buat kami rasa sambutan kali ini lebih bermakna bila dikhabarkan yang kami bakal menerima si baju pink... insyaAllah... :)


Apa pun perkongsian kali ini lebih kepada persoalan tentang solat sewaktu preggy. Almaklum bila preggy perut nye saiz perrghhh... mmg mommy ibarat penguin. hehehehe.


ok u ols... Solat seperti yang kita semua tahu merupakan kewajipan untuk seluruh umat islam.Samada keadaan sakit mahupun sarat hamil. Masa preggy abang eiman tak lah payah sangat. masih mampu tunaikan solat seperti biasa. bila adik hafffiey mula terasa sedikit kesukaran but still...mampu setidak-tidaknya 3 rakaat solat biasa.. start memeen huhuhu... mmg semakin membesar semakin mommy payah nak duk bangun. now baby... tang berdiri rakaat pertama tu masuk sujud duduk dah. agak payah untuk sujud coz perut mommy besar.... hehehehehe...

jadi mommy pon mula ler mencari panduan solat untuk preggy women.. and kongsikan dengan mommy's out there ye. harapnya semoga kita sama-sama dapat kebaikan dari perkongsian ilmu ni... insyaAllah....  

Bagaimana solat ketika hamil?

Bagi wanita yang hamil solat duduk mana lebih Afdal? nak duk atas kerusi ke atau duduk  kat lantai....



Allah SWT berfirman:
“Dan Dia (Allah) tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.” [al-Hajj 22:78].
Merujuk kepada ibadah solat, Allah berfirman:
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring.” [Ali Imran 3:191].

leya say: since mommy bermasalah untuk sujud... jadi mommy wat yg 1st tu. incik babah pon kata yang penting ibadah tu dapat dilaksanakan sehabis baik. mudah-mudahan Allah terima. amin....

No comments: